Followers

Tuesday, April 9, 2019

WET WORLD BATU PAHAT


Wet World Batu Pahat 
Jalan tongkang pecah,Bukit pasir batu pahat.

Harga Ticket :
Dewasa - RM18.00
Kanak-kanak - RM16.00

Voucher booklet 

Nama je ank jati Johor memang daripada kecik tak penah datang sini, sampai lah dah beranak baru ajak husben dtg sini dgn family dia. 

Okey nak cerita kalau berjalan backpackers style,lah Kami. So zaty Akan survey segalanya coupon untuk dapat tickets Tu murah.

First - Yang nak pegi 9orang

5 - dewasa
3 - kanak2
1 - bayi (free)

Total ticket Yang perlu bayar kalau beli dikaunter  = RM102#

Survey punya survey dapat dekat shoppe booklet ni dengan harga 
rm25.00 + postage rm8.00 = RM33.00

Okey dengan booklet ni korang just beli ticket dekat kaunter contohnya 

1ticket korang Akan dapat lagi 2ticket free
Jadi total dapat = 3tickets 

*4row = buy 1ticket free 2ticket
*2row = buy 1 free 1tickes

So dekat sini zaty cuma pakai 3row je

*2row = buy 1 free 2
*1row = buy 1 free 1 no

Total ticket Yang wajib beli dekat kaunter 
3 ticket je 
So total = RM54.00

PERBEZAAN GUNA BOOKLET DENGAN TAK

Tak Guna booklet = RM102#
Guna Booklet = RM87#

TOTAL JIMAT = RM15.00

Booklet ni korang boleh direct dapatkan dekat shoppe Ada ejen Yang jual tp dia bypos so korang kne beli awal sblm pegi waterpark ni. Paling best , valid sampai Bulan 7 kecuali Bulan 12tahun lepas Dan boleh digunakan bila2 masa termasuk public holiday.


Okey habis bab booklet , waterpark ni Sama je macam mana2 waterpark Yang lain tidak dibenarkan bawak makan luar.

Dari segi PAKAIAN korang bebas nak pkai apapun dia takde rules kene pakai suite swimming baru boleh Mandi.

Yang best toilet dia bersih 
Walaupon satu tempat jer toilet dia.
Batter bawak tikar senang korang nk park dekat mna2 bawah pokok.

Makanan memang harga yahudi jadi pastikan ank korang makan keyang2 sebelum masuk & bwak bekal time keluar Mandi Tu boleh makan dkt park kete haha jadi takdelah kebulur tahap dewa.


Teruja betul Kiki Bila sampai pintu masuk terus dia cakap WOW TERBAIKLAH !

Tak ambil Banyak gambar sebab time ni case sj pecah xde mood nak bergambar semua amek guna nfon je.

Ada kawan-kawan zaty cakap agak tak berbaloi lah dia cakap sbb tak best , Okey review pada zaty sebab zaty join anak2 Mandi sekali Mmg jujur katakan Okey sangad berbaloi bayar dengan harga Di pinta.


Kiki memang excited lah Bab main air Kan, Tu muka tak Sabar je. Bolehla besar jugak dia punya waterpark cuma kalau nk Rasa best ke tak Kita sebagai ibubapa kene join Mandi jugak lah. Baru seronok feeling Tu baru datang kalau setakat tengok anak2 Mandi memang Naik bosan.


Kolam pertama masuk2 park je dah nampak kolam ni. siap Ada sotong kurita haha.

Datang waktu pagi, kalau nk Mandi pon Rasa semangat sikit lepastu kolam ni Ada part Dalam yg belah awal2 ni memang cetek je sbb kalau korang tengah mandi2 tetiba BUNYI SIREN lari cepat2lah pegi kolamni hahaha sebab Ada WAVE Tu je 😂

Okey husben zaty rent tube rm30.00 ke rm25.00 double tube tapi siap deposit rm50.00 rasanya 

Kalau korang nak sewa pondok2 Yang diaorg sediakan pon boleh rm40 xsilap boleh book dekat kaunter. kaunter Tu ,tp dorang pon Ada sediakan locker jugak bayar jelah terjamin barang korag letak locker Tu.


Okey nampak tak slide Tu ? Kalau nak main slide Yang pusing2 ala2 dekat waterworld Tu korang kena rent tube Yang double Tu Okey ! 

First Naik agak Gayatlah sebab last main masa zaman kanak2 dekat waterworld hehehe Tu pon berbelas tahun dahulu Kala time abah bawak.


Okey ni pon best jugak gelongsor dia,air dekat atas Tu laju sgad , Gayat jugak Bila sampai bawah mesti muka tergelam Dalam air , keyang minum air Mmg pedih hidung hehehe.

Bawah dia Tu Ada terowong ala2 lazy river gitu ramai belangkas duduk situ ha ha ha jadi Kami pon try jadi belangkas tp siap package bawak ank belangkas Naik tube pusing2 river lazy Tu.

Belah belakang Ada kolam kecik2 lagi Ada ala2 JACUZZI GITU lawa lah Ada patung3 boleh bergambar tp time ni dah start panas.




Keterujaan ni dekat kids pool , tapi tak berapa best sangad kalau bawak baby lepas Kan dekat sini okeylah sbb redup sikit Ada pokok2 byak sikit apapun Mmg sunburn jugak lah kulitnya.






Overall Okey lah sebab anak2 suka, habisbalik rumah bercerita tak Henti sampai harini Kiki Masih ingat lagi. Yelah sejak dia besar ni pestime ajak dia Pg waterpark atau pool. Dulu-dulu kecik lagi mana dia ingat kalau tgk gambar je baru dia tahu kikiki.

Tuesday, January 8, 2019

Cameron Highland (C.H 2018)

Percutian ke Cameron Highlands Kali ni berbeza sedikit sebab bukan dengan husband tp dengan family (abah/mak/nenek sedara) zaty totally sgad berbeza dengan Gaya Kami selalu bercuti kalau zaty dgn husband Mmg suka amalkan konsep backpackers Dan Yang paling penting bajet yg sgad minima haha Dan masa yg ada Tu Mmg betul2 digunakan dengan baik sebab selalunya da Susun awal2 apa nak buat jd percutian xspoil mood. Percutian mana Yang xpenad Kan jd kne Susun waktu dgn betul baru dpt feeling lebih sikit.

Ainul mardhiah sempat selfie dulu (rnr e22)

3d2n (28-30sep)
Bergerak Dari Johor Bahru (pasir gudang) 20.00pm lalu h.way E22 sbb nk singgah makan sup dkt rnr e22 terus turun Ayerhitam pick up nenek sedara dkt paloh punya la lama Rasa sbb Mmg jauh kalau lalu E22 ni smpai paloh dah pukul 23.45pm gitu.



Segar Mata dibuatnya

Lepas pick up nenek sedara terus Gerak smpai dekat rnr Ayer keroh ni dah 02.30am. abah cakap kedai ni Mmg sedap telur stgah masak n roti bakar Mmg superblah. Dhia & Kiki dah tak sedarkan diri haha JD zaty dgn abah je berdua ngeteh. Berhenti pon Pg buang air n smpai dkt dengkil dah pukul 5.30am rasanye abah tidur Dalam 15minit lepaskan waktu subuh je lpastu terus Gerak 

Seriously ainul Mmg byak kerenah sbb dia pestime jalan jauh lepastu Naik kete berjam2 Mmg nages je keje dia 

09.00am dah smpai simpang pulai, Pg breakfast lepastu deal dgn owner homestay boleh early check-in tak sbb badan dah weak sgad ddk Dalam kete. 

High recomenre Lilian's homestay 
Tanah rata
019-5701071 - auntie lilians 


Amek studio suite je sbb Mmg bajet bukan nak ddk dlm homestay/hotel sbb dkt c.h byak tempat boleh berjalan jadi takperlulah amek hotel mahal2 

Sebelum pegi zaty dah survey Dari resort smpailah ke hotel bajet untuk 4org dewasa fuhh fuhhh harga semua mahal2 tak berbaloi kot. Jadi terpikir nak Cari homestay habis usha facebook kebayakkn rage rm400-600 utk 3d2n.

Jgn cakap trivago/traveloka semua survey xde superb deals. Last dapat dkt booking.com

Lilians homestay (RM285.00) UNTUK 3D2N ok ! So Mmg grab terus tp mcm ragu2 jugak sbb rumah flat kn ? Bace rating dorang bg 9/10 maknanye Mmg ok sgadlahkn jgn pdang luarje so Kita kne terjah Dalam baru tahu.

Info : tingkat 1je ok guys tak penad mana hihi


Bila bukak je pintu fuyoooo ! Excited terus!!

Pakai enjoy je tp WiFi laju haha nasib Ada WiFi kalau tak membatu jugak sbb line umobile takde ok !

Ada bad sofa 2org boleh tidur sini 


Ada meja makan untuk 2org bolehla buat minum 3in1


Spot dapur (rice cooker , heater, air fryer pon Ada) set buat BBQ pon ada


Mmg bersih sgad2 pestime dpt homestay mcm umah sdri hahaha


Susun atur dia Mmg kemas n pandai deco tp disebabkan bdk ainul n Kiki habis terabur umah org nak oi.


Ok dlm almari ni dah Ada towel , iron semua Ada siap bg lbh toto smpai 3tau yelah kalau Kita 6org still muat lgla wlapon pax


Hah bab paling ptg ! Toilet lawa haha dah masuk Rasa mewahnya aduiii 


Auntie ni Mmg suka deco ii Rasa 

Kalau book homestay ni takperlulah bawak apa2 brg sbb semua lengkap sgad cuma kalau nk masak kne la beli beras etc kn
Tp utk peralatan Mmg semua lengkap

Homestay Malam Mmg sunyi sbb bkn dkt dgn laluan utama syok sgad dkt dgn surau Ada je azan ok.


Rehat2 lpas asar Dalam 17.00pm Kami Gerak ke key farm saje berjalan sambil Cari makan byk jugak mak borong keledek / jagung buat stock mlm

Kea farm 

Hot spot Mmg bercinta nak pegi sini aduii
Zaty tak beli apa2 pon sbb target nk Pg sni time balik sbb brg3 terus bawak balikkn tp plan berubah so Kita Ber hu hu jelah

Survey brg sambil pikir APA Yang patut boleh belikn 

Ikut gred kalau beli Yang murah nanti masam best makan dgn coklat


Sempat posing sikit depan balai polis dkt brichang ni, singgah sbb nk survey brg utk ainul last2 grab topi dia pakai Tu rm10.

First day, Hari ujan Mmg beku jugaklah Siang 19c 

Hasil tangkapan balik homestay terus rebus seriously manis makan panas2 perghhh Mmg mantap.


28batang rm30.00 sdp n manis

Rm7.00 sekilo jgn beli yg murah nt xmanis

Rm7.00 Sama je manis paling suka yg ni


Fefeeling oversea haha nk tidur awal kononnya tp tahap sejuk 14c time Malam sbb ujan lagi dah la xbiasa Mmg xboleh nk tidur dibuatnye 

SECOND DAY
CAMERON VALLEY TEA
Pagi Tu breakfast dkt tanah rata area bus salu park Tu fuhhh harga kemain Mahal sgad lpastu dpt kenal dgn jiran atas dia ckp makan dkt orchid food atau sebalah kedai Tu dkt situ murah (Ada 2kedai je)


Lepak santai kejap si kiki beli ice cream sdp sgad RM1.50 haha kalau ummi dgn ayah sure Kita breakfast dkt sini sbb greentea cheese kek dia mcm mgancam
Tp sbb Hari sabtu dkt sini agak pack lah

Balik Dr Cameron valley Tu singgah tepi jalan Cari buah ni (xigt Nama) sdp jugak rm10.00 satu ikat rasa lbh kurang manggis jer, mak ckp ni buah hutan. Yelah Yang jual pun org asli 


CAMERON LAVENDER GARDEN
DEWASA : RM10.00
KANAK-KANAK : RM5.00 
(6TAHUN KE ATAS)


Harga dah Naik sebelum ni tgk review bloggers lain dlm RM6 utk dewasa 
Highly recommended 
Bawak anak2 jalan sini sbb sgad berbaloi lah 

Ice cream lavender 
RM6.00
(Trend mark)

Saje ii nak Cuba Rasa dia mcm manakan alamak sis xboleh masuk tekak haha pada zaty tak sedap ! Okey untuk mencuba apa salahnya 


Kesian ainul takde gambar sebab time ni dia sibuk tidur nyenyak sgad , time Kami sampai orang taklah penuh mana boleh lagilah bergamba.


Rambang Mata seriously Banyak bunga lawa2 hahhhh nak petik ? Boleh je lepastu silalah bayar dekat kaunter yup !! 


Clear je nak bergambar pon Rasa seronok 


Banyak spot menarik jadi dengan harga rm10.00 pada zaty amat berbaloi lagilah 


Nak bergambar kat tepi2 free je tapi bergambar Dalam pagar lavender Tu kene bayar lah ye. Berapa tak tengok pulak harganye tapi memang kene bayar.


Kesian baby ummie tak sedarkan diri , aishhh nasib baik Ada abah tolong snapkan gambar ii haha

 Fefeeling romatika tok abah & too mak haha






Banyak lagi gambar lawa2 still tak boleh move on 

Dekat sini Ada strawberries jugak tapi tak boleh pegang & petik haha tengok je lah 





Next destination ialah pasar Malam brinchang atau skrgni dia dah bertukar pasar Malam golden hill ( tukar tempat dulu buat dkt balai polis brinchang je tempat super duper jem)

Sebelum smpai ke lavender sbnarnya dah singgah ke kea farm utk Kali ke - 2 ( hahaha sbb nk beli brg2 utk bawak balik) disini zaty ckp Benda kalau xplan betul2 JD mcm ni lah Pg tempat yg Sama berulang Kali kn syg Tu ???? Dah la jem menggile Dr tanah rata smpai ke brinchang Tu.

NEXT DESTINATION
PASAR MALAM GOLDEN HILL



Masa nk sampai sni pon mmg dah jem yelah dah pukul 18.15pm tapi hari hujan Mmg nmpak gelaplah jalan2 beli stoking dhia , payung strawberries jelah. Barang Sama je dgn kea farm tp lagi murah dekat kea farm susah nk cari parking Cameron ni Mmg jem kalau Hari sabtu ahad. Masa Ari jumaat lapangkan je.

STRAWBERRY COKLAT


PENUH SATU CAWAN RM5.00 (MANIS)

First time dulu , makan dgn husband dkt genting rasanya umppp nk2 sejuk2kan so Kita repeat lagi haha bg abah try terus dia habiskan wakakaka dia kata sdp terus beli coklat bawak balik nk mkn dgn strawberry. Mak byk jugak lah shopping zaty beli apa yg nk jelah dah terus g singgah mkn dkt tanah rata tp Mahal jugak hahhaa lpas Tu terus balik homestay relax3.


THIRD DAY AT CAMERON HIGHLAND
 (LAST DAY)

AGROTEKNILOGI MARDI CAMERON


Harga Tiket
Dewasa - RM5.00
Kanak-Kanak - RM3.00 2tahun ke atas
(Ada sediakan wheelchair - free)


Wajib bergambar dekat sini umpama lambangkan tapi tak best sebab madah jadi photographer org je kalau Ada husband senang sikit hahaha


Nasib baik sampai awal takdelah ramai sgad dapat parking first class depan pintu masuk lagi dekat sni Mmg ramai lawatan pelajar sekolah pada zaty takde apapun tp sbb dah jadi trendmark kite kne pegilah cuma lawa byk bunga2 cantik 











Byak lagi gambar dekat sini tapi tak karat nak update nak buat post ni pon berbulan makan masa sampai dah masuk tahun baru . Biasalah mood tak selalu Ada ini lah jadinya lepas g Mardi terus otw balik jb Mmg best tapi Rasa kekok sbb nak uruskan anak2 takde bapaknye agak leceh sikit
MUNGKIN nanti Kami repeat lagi untuk Kali ke - 3 😂