WELCOME
Terlalu lama tak melawat zoo, last tak silap 6tahun lepas dengan kawan-kawan masa form6 dulu. Masa bercinta teringin juga nak datang sini tapi en.abang taknak so ni da ada anak bolela bawak melawat kawan-kawan dekat sini haha.
Zoo johor berwajah baru, dulu kalau pergi memang rasa tak berbaloi yelah dengan keadaan yang teruk,berbau,binatang pulak biasa-biasaje banyak yang tak terjaga tapi bila pergi ahad lepas boleh dikatakan WOW dah berubah! majulah johor! ayuh johor! haha lebih excited pulak.
Ini laluan pintu masuk nampak dah upgrade! ada cermin kaca dalam tu ada
haiwan apa Errk da lupala,yang penting laluanni ada bumbung jadi pelawat bolehla berteduh dikala panas dan hujan sebelah laluanni ada tasek, bolehla main kayuh2 dlm air tu berapa ringgit tak sure sebab xmain Dan tak pergi situ hujan melanda gitu.
Boleh beli tiket dekat kaunter ni tiket tak mahal Dan berbaloilah untuk bawak anak-2 terutamanya yang anak ramai harga tiket cuma : RM2 UNTUK DEWASA DAN RM1 UNTUK KANAK2 BAWAH 2TAHUN FREE.
harith rizqie free lagila masuk sini.
boleh bagi unta makan sayur dengan membeli sayur yang telah disediakan zoo
bolehla suruh anak-anak naik kuda padi ni xnampak pula dewasa yang naik rasanye boleh patah tulang rusuk kudapadi ni selain itu boleh bergamba dengan burung kakaktue tak sempat snap gamba hujan turun.
kedai dekat dalam zoo ni pon dah ditambah so jangan bimbangla nk beli snack dengan air semua ada tapi biasalah harganya mahal sedekit tapi takdelah mahal macam genting ! hehe. Topi giraf yang kiki guna pon ada jual disini tapi harganye berapa tak pasti sebab kiki memang kitaowg bawak dari rumah itupun beli masa tahun lepas pergi cameron.
jom tengok harimau dan singa serta cipanzi kalau nak tengok kena naik tingkat atas naik tangga xmacam dekat zoo2 lain
fokus betul si kiki tengok anjing laut mandi dalam kolah haha so ayah jela yang bergambar.
FAMILY FOTO
QUALITY TIME WITH THEM "MYBOYFRIEND"
No comments:
Post a Comment